Friday 14 February 2014

Bila Aku Jatuh Cinta..

[kredit]

[Disklemer : Post kali ini bukanlah sempena Valentine day. Bukan juga mengenai tulang rusuk kiri ke kanan ke, rusuk ayam, imam makmum dan seumpamanya. Jadi anda boleh simpan baldi biru yang bakal diguna sebagai persiapan muntah itu kerana tidak ada usaha-usaha yang mampu meremang bulu tengkuk seolah-olah menonton Ariana Rose. Eh? sekian]

CINTA

Definisinya berubah mengikut siapa yang tuturkan. Semuanya berbeza-beza kerana lain orang lain kisahnya. Sebut sahaja cinta, love, hubb, semua faham. Kanak-kanak, remaja, belia, orang tua, ya pendek kata semua manusia memahami satu kalimah itu. Sampaikan mamak roti canai pun faham dan mampu berdansa riang bila disebut 'Mohabbat'. Peh!

Benar, kuasa cinta cukup hebat. Hadirnya kita ke dunia ini kerana cinta sang Pemilik Cinta, Allah taala. Manakan tidak, 'Bismillahi Rahmanir Rahim' hasil gabungan Rahman (Maha Pengasih) dan Rahim(Maha Penyayang). Sungguh! Allah mahu kita mengenali Dia dengan sifat kasih dan sayang dalam setiap yang kita lakukan. Maka dengan sifat-sifat yang ekslusif itu membuatkan bertapa pemurahnya Dia mengampunkan segala dosa kita meskipun kita sentiasa mengulanginya, dan dengan sifat-sifat itulah membuatkan kita mampu untuk terus hidup, berdiri, berlari di muka bumi ini. SubhanAllah.

Tidak dilupakan juga segala perasaan cinta yang ditonjolkan oleh Baginda Nabi saw. Perjuangan dakwah berpanjikan syahadah merupakan satu bentuk intrepretasi kalimah CINTA yang baginda tunjukkan kepada kita. Dengan perjuangan baginda dan para sahabat, maka hari ini kita merasai nikmat islam dan iman. Tidak cukup dengan itu, baginda cukup menitik beratkan perasan itu sesama keluarga, sahabat, masyarakat sekeliling yang bergama Islam mahupun tidak. Jadi, jelas, cinta merupakan satu perasaan yang cukup sinonim dalam kehidupan seharian manusia.

Sebenarnya cinta yang ingin saya kongsikan ini adalah satu perasaan cinta yang benar-benar luar biasa. Baru saja mengenali, cair melihat akhlaknya, baru sahaja bertentang mata, sudah terpaut dengan keperibadiannya. Pendek kata semua yang dilakukan, nampak enak dipandang. Bukan dia, bahkan mereka! Ya, mungkin inilah tanda, saya sudah jatuh cinta!

Wah wah, DM, dulu beriya kata tak elok bercinta, ini lain pula, cakap tak serupa bikin seyh.

Glurp, selalu macam tu, sila dengar sampai habis. Huhuhu. Sebenarnya saya sudah jatuh cinta dengan ikhwah-ikhwah yang baru saja dipertemukan oleh Allah dalam satu program. Mereka datang dari pelusuk semenanjung Malaysia. Kami bersama-sama hadir dalam satu program tarbiyah. Seperti biasa, tak kenal maka tak cinta, jadi sesi yang pertama adalah sesi ta'aruf. Semua memperkenalkan diri di samping menceritakan suasana tarbiyah di tempat belajar masing-masing. SubhanAllah, mereka adalah ikhwah yang qawiy kuasa dua. Hebat sangat sampaikan saya merasa cukup rendah diri dengan apa yang mereka lakukan.

Satu-satu topik perbincangan dibuka, alangkah yabedabedunya mendengar perkongsian daripada mereka. Aktiviti dan program tarbiyah yang cukup mantap. Yang benar-benar memberikan kami buah fikiran, apa yang kami boleh lakukan seusai pulang nanti. Seterusnya kami dibahagikan mengikut kumpulan, apa lagi, pertembungan pelbagai idea. Memang da bomb. Program  diselang-selikan dengan aktiviti yang membutuhkan semangat kerjasama, meredah arus sungai, memasak bersama, semuanya untuk memupuk semangat ukhuwah islamiyah.

Anda tahu apa yang jauh lebih osem? Apabila diminta memberi tazkirah dalam bulatan masing-masing, seorang demi seorang memberikan mutiara-mutiara yang cukup berharga. Seolah-olah menonton Pencetus Ummah, eh? Serius, pengisian yang mereka sampaikan cenggiinnni (tekan butang suka di Mukabuku). Kadang-kadang rasa nak menangis sebab terlalu terharu, benarlah orang kata, bukan kita sahaja yang sedang buat kerja ni, bukan kita sahaja yang sedang meneruskan perjuangan ini, bukan kita sahaja dalam gerabak ini, ya, ramai lagi. Kita tidak bersendirian, ada yang meneman.

Kita bersahabat, kita rapat. Siapa kata berukhuwah ini perlu yang bermuka-muka ketat sahaja, tidak ada sebarang senyuman. Oh, tidak sama sekali. Tetap diselang selikan dengan gelak tawa, supaya tidaklah terlalu hambar. Tetap dihiasi dengan gurau senda, supaya tidaklah sunyi sahaja. Tapi tetap berpengisian dan peringatan agar terus mentauhidkan Pemilik Cinta.

Apa pula pandangan Imam Hassan al-Banna mengenai ukhuwah?

"Ukhuwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah.

Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.

Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan pertama adalah kekuatan perpaduan.

Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.

Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah mengutamakan orang lain (itsar)."

Allahu rabbi. Boleh hulurkan saya tisu di tepi anda? *lap air mata

Dan semua maklum, rukun baiah yang kesembilan adalah ukhuwah.

Apabila kita bergerak bersama-sama, panji syahadah akan lebih kuat kita kibarkan. Sedangkan sekumpulan kambing lebih selamat daripada diterkam serigala berbanding seekor kambing, inikan pula kita manusia. Mungkin kini, saya sudah jatuh cinta kepada mereka sehingga tahap berguling-guling.

Bersatu kita teguh!
Bercerai kita kahwin lagi.!
Eh, salah.
Bercerai kita roboh!


p/s : Alangkah saya merindui mereka selepas beberapa minggu. Tidak mengapa, saya harap kalau kita tidak dipertemukan di dunia lagi, saya nak buat reunion dengan anda dan bersajak bersama-sama di syurga sana. In sha Allah. Amin.

Sunday 2 February 2014

Dakwah Tembok Besar China

[kredit]
Dakwah, begitulah satu aksara yang sungguh mudah dituturkan dari satu bibir ke bibir. Terlalu luas penggunaannya dalam kalangan masyarakat marcapada ini. Ya, saya akui ramai juga yang telah bergiat secara aktif mahupun tidak dalam dunia dakwah dan tarbiyah ini. Alhamdulillah, sekalung tahniah saya ucapkan buat kalian yang mula sedar akan kepentingan dakwah dalam membaiki segala masalah yang semakin meruncing, baik dalam kalangan remaja, institusi kekeluargaan, politik, masyarakat dan mahupun berkaitan nasi lemak makcik senah. Semuanya memerlukan dakwah dan tabiyah. *tepuk tangan*

Pelbagai wasilah gempak telah digunakan untuk menjadi medium berkembangnya dakwah. Ada yang memilih untuk membuat video, ada yang berkeyakinan untuk membuat ceramah dan forum, ada yang suka menghapdet status Mukabuku dan mencicit di Pencicit dengan qoute-qoute dakwah yang mampu menggugah jiwa pembaca, serta ada yang ambil jalan untuk taip panjang-panjang di blog seperti ini.*peh, letih*. Tidak kisahlah apa jua cara yang digunakan, yang pastinya semuanya bertujuan untuk menyebarkan dakwah islamiyah di pelusuk kawasan.

Meskipun begitu, ada sesuatu yang kurang senang dan enak dipandang yang telah dilakukan oleh para duat ni sehingga membataskan dakwah berjalan dengan efektifnya. Masalah ini menjadi satu penghalang, dan kadang-kadang menjadi punca dakwah tidak dilaksanakan lagi. Alangkah! Kadang-kadang ada juga para duat ni buat donno sahaja dengan isu besar ini, siap boleh main sep sep tom tom lagi, dan tidak buat apa-apa tindakan bagi menanganinya. Mereka fikir masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya berdoa tapi tidak melakukan tindakan susulan? Mereka malas, mengada, gedik, gemuk. Eh, teremo.

He, hei Dai'e Muda, apakah sebenarnya masalah tu? Bebel je dari tadi. emo pula tu. Straight to the point boleh?

Eheh, maaf-maaf. Penangan terlebih dos ubat agaknya. Hehe. 

Anda benar-benar ingin tahu apa masalah ini?

Iyalah, kami terlalu nak tahu ni.

Anda yakin?

Kami yakin!

Anda pasti?

*debush* Ambil penumbuk ni! Cepat cakap.

Wakakaka. Maaf anda. *mengeletar*. Okey, saya yakin dan percaya anda betul-betul ingin tahu mengenai masalah ini. Jadi akan saya bongkarkan, cuma saya minta anda, ya anda kita buat satu perubahan agar masalah ini tidak berlarutan. Masalah yang besar t-rex ni adalah para duat membuat satu tembok besar China antara mereka dan para mad'u. Faham tak? Okey, akan saya bedah satu persatu maksud yang tersirat. 

Zaman sekarang ni dai'e semakin ramai, begitu juga mad'u. Tapi dengan beberapa sikap yang dilakukan oleh dai'e-dai'e muda ni (ehem) telah membuatkan dakwah menjadi terbatas. Dengan cara mereka bercakap, menasihat, berpakaian, bergaul, semuanya yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Masih kurang jelas? Baiklah, saya aka berikan beberapa contoh. Moga bermanfaat!

Contoh 1

"Er, maaf ada apa kat dalam surau tu ya?"

"Eh, ada usrah mingguan, murabbi kali ni Pencetus Ummah Shahul."

"Kalau saya nak join boleh?"

"Er, kamu ni masih baru, better kamu rajin-rajinkan diri join ceramah bulanan. Kemudian register ahli, nanti kami akan cari usrah yang kosong buat kamu. Kalau ada kosonglah yek."

Contoh 2

"Kepada saudari-saudari yang tak tutup aurat tu, sedar-sedarlah yang kita sedang menghampiri kiamat. Nak masuk neraka ke?" kata seorang penceramah bebas dalam satu siri ceramah beliau.

Contoh 3

"Wei, tengok tu, budak-budak free hair tu, ish ish. Tak nak ana berjalan dengan dorang. Buat malu agama je. Kita jalan sama-sama geng tudung labuh,"

"Betul tu ukhti. Eh, jomlah, cakap nak ajar ana cara lilit shawl labuh ni."

"Ha'ahkan, jomlah. Semoga mereka berubah."

.........................................................

Zrrrraaassssssss. Boleh hulurkan saya first aid tu? 

Macam itulah realitinya. Kebanyakkan pendakwah membuat satu tembok yang menghalang mereka untuk mendekati mad'u. Kita sebenarnya bukan hanya perlu memberi peringatan dari luaran, kita juga perlu sentuh hati mereka, bahkan kita kena peluk hati mereka. Menangi hati mereka dengan cara yang terbaik. Supaya tidak ada sebarang penghadang antara kita dan mereka. Kita bukannya nak masuk syurga sama-sama kita sahaja kan? Mereka bukannya tidak mahu berubah, mereka memiliki keinginan itu, bahkan mereka berkehendakkan untuk itu, tapi dengan hadirnya tembok besar China itulah yang membataskan perubahan mereka.

Bimbang nanti, dengan tindakan bajet best kita itu, di akhirat nanti mereka mendakwa kita.

"Ya Allah, azab mereka ya Allah. Mereka berdakwah kepada aku, tapi tidak pernah mereka cuba memahami masalah aku. Mereka menghukun dan terus menghukum. Tidak pernah sesekali dalam dakwah mereka cuba taut hati aku. Mereka membuatkan aku merasa Islam itu berat bagiku, dan Islam hanyalah untuk mereka berkopiah, bertudung labuh sahaja. Tarik mereka bersama aku di neraka ini ya Allah."

Nangis.

Allahu rabbi. Wa na'uzubillah. 

Dapat? Macam inilah, sebenarnya kita perlu membina jambatan antara kita dan mereka. Jangan wujudkan sebarang perbezaan, cari titik persamaan. tIdak kisahlah sama ada jambatan itu panjang ataupun pendek, asalkan dapat menghubungkan kita dan mereka. Jangan bagi mereka janggal dan kekok ketika bersama kita. Taut hati mereka. Barulah dakwah kita akan lebih berkesan. 

tidak kisahlah jambatan itu panjang ataupun pendek, asalkan sampai
[kredit]

Contoh 1

"Er, maaf ada apa kat dalam surau tu ya?"

"Eh, ada usrah mingguan, murabbi kali ni Pencetus Ummah Shahul."

"Kalau saya nak join boleh?"

"Er, kamu ni masih baru kan? Ha, baguslah. Lepas ni boleh register ahli. Banyak lagi kekosongan ni. Dah, jom masuk, usrah dah nak bermula ni."

Contoh 2

"Kepada saudari-saudari yang tak tutup aurat tu, sedar-sedarlah yang kita sedang menghampiri kiamat. Tetapi jangan risau, pintu taubat masih belum tertutup. Allah tu maha menerima taubat kan? Masih belum terlambat. Ayuh berhijrah wahai musimat!" kata seorang penceramah bebas dalam satu siri ceramah beliau.

Contoh 3

"Wei, tengok tu, budak-budak free hair tu, jom kita pergi kat mereka,"

"Betul tu ukhti. Eh, jomla."

"Allamualaikum. Boleh kami jalan sekali?"

"Eh, wa'alaikumussalam. Er, boleh, tapi awak tak malu ke jalan dengan kami yang tak bertudung ni. Awak berduakan bertudung labuh."

"Apa masalahnya? Kita sama-sama hamba Allah kan?"

"Baiknya awak. Sebenarnya, saya teringin nak berhijab, bahkan terlalu nak berhijab labuh macam ni. Saya malu dengan gaya hidup saya sekarang ni. Tapi tidak ada orang nak bimbing."

"Lah, macam tu? Baguslah kalau macam tu. Jom ikut kami. Kami ada bersama awak. Jangan malu nak berubah. Saya boleh ajar awak berhijab labuh tapi masih kekal cantik."

"Ha? Berhijab pun boleh cantik?"

"Mestilah, dia ni pandai lilit shawl tau. Labuh lagi tu."

"Iya? terima kasih awak."

...................................................................

Semoga Allah redha usaha dakwah kita ini. 

JOM BERPIMPIN TANGAN KE SYURGA!!

Artikel ini diinspirasikan oleh seorang ikhwah, mungkin semua orang kenal, Pencetus Ummah Rahmat. Baru-baru ini sempat berjumpa dengan beliau. Kata-kata beliau, "Bersedia untuk ditarbiyah dengan tundukkan ego." Semoga kita berjumpa lagi ya akhi..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...