Monday 12 May 2014

Ini hashtag untuk Kolej Matrikulasi SeMalaysia dan KMS..

[kredit]

Semalam telah diumumkan keputusan UPU bagi belajar lepasan SPM 2015, ada yang ditawarkan ke asasi, tamhidi Usim, diploma dan lain-lain. Tapi ada segelintir yang memilih untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi. Dalam entri kali ini dan diedit dari entri 12 Mei 2015, saya akan berkongsikan serba sedikit mengenai kolej matrikulasi seluruh Malaysia umumnya dan khususnya mengenai Kolej Matrikulasi Selangor.

[kredit]


[kredit]

Ketika saya ingin masuk ke KMS, saya juga menggugel untuk mengetahui apa yang ada di sana. Maka saya terjumpa ada entri mengenai kms yang disedikan oleh senior yang saya tak tahu dia batch mana. Antara yang saya sempat baca adalah mengenai seterika, MPPB, dewan kuliah dan lain-lain. Di entri saya ini, akan saya ceritakan secara keseluruhan (baca overall) yang terdapat di KMS. Mungkin penulisan saya ini tidaklah dapat memberikan gambaran seratus peratus, tetapi moga-moga dapat membantu serba sedikit yang mana patut supaya dapatlah mengurangkan kerisauan ibu bapa pelajar baru ni.
"Ish, anak aku kena bawa seterika ke masuk kms."
"Laptop kena beli ke?"
"Modul tu macam mana?"
"Elaun berapa sebulan."
Dan pelbagai lagi kerisauan yang bermain dalam minda ibu bapa dan para pelajar baru. Ya, ada mereka telah bertanya kepada pelbagai soalan kepada saya. Jadi akan saya usahakan supaya persoalan-persoalan itu dapat dirungkaikan dalam entri ini. Maka, ayuh kita rungkaikan satu persatu.!

Sebelum saya khususkan kepada KMS sahaja, saya akan bercerita serba sedikit mengenai Program Matrikulasi. Ini adalah berformatkan FAQ.

1) Apa jurusan/aliran yang ada ya? Apa subjek yang dipelajari dalam jurusan tu?

Okey, ini mungkin soalan yang paling asas yang ditanya. Dalam program matrikulasi ada dua aliran iaitu Sains dan Perakaunan. Bawah Sains ada 3 modul. Modul 1, 2, 3. Modul 1 akan belajar matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik. Sama seperti zaman sekolah aliran sains tulen. Modul 2 pula, jika dulu dipanggil sainz fizikal belajar matapelajaran Fizik, Kimia, Matematik dan Sains Komputer. Manakala modul 3 yang dahulunya dipanggil sains hayat akan mempelajari subjek Kimia, Biologi, Matematik dan Sains Komputer. Untuk aliran perakaunan pula, ada subjek Pengurusan Peniagaan, Ekonomi, Perakaunan, dan Matematik.

2) MPPB tu apa?

Minggu Pengurusan Pelajar Baru ataupun Minggu Orientasi. Tapi jangan risau pengalaman saya di MPPB, bukan macam orientasi yang sering orang momokkan tu, ada gedik-gedik, ragging-ragging, suruh buat macam-macam. Mungkin ada sikit, sikit kot, tapi dalam minggu ni lebih kepada nak uruskan anda pelajar baru. Uruskan kelas, borang penjanjian, kolej kediaman, nak tukar modul(nanti saya cerita), dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Anda akan dibawa keliling kolej supaya anda tahu dimana kedudukan makmal, bilik tutoran, kubikel (di sekolah kita panggil bilik guru), kafe, dewan kuliah dan lain-lain. Ketika di KMS, masa orientasi banyak dihabiskan dengan mentor (pensyarah yang menguruskan kelas anda). Saya tidak tahu dan tidak pasti di matrik lain macam mana.

3) Ha, tadi anda ada sebut pasal pertukaran modul. Ce cite.

Saya rasa di semua kolej matrikulasi seMalaysia melaksanakan perkara yang sama. Anda boleh tukar modul dalam minggu MPBB.
1) Pertukaran antara modul. Modul 1 nak tukar modul 2 dan 3, Modul 2 tukar ke modul 1 dan 3 serta modul 3 bertukar ke modul 1 dan 2.
2) Pertukaran jurusan sains ke akaun. Akaun ke sains, perlu rujuk bahagian matrik.
3) Pertukaran program satu tahun ke program dua tahun. Manakala, program dua tahun ke satu tahun perlu merujuk ke bahagian matrik.

Walaubagaimanapun ini bukan satu janji daripada saya, manalah tahu tiba-tiba batch anda ni, tidak dibenarkan tukar modul, apa boleh buat, sudah nasib badan. Ehem.

4) Pakaian macam mana yek? Boleh pakai jubah, serban, baju melayu Raihan, tshirt, skirt dll?

Amboi, sebenarnya telahan pelajar-pelajar yang nak lari dari zaman sekolah ke peringkat praU ni banyak silapnya. Pertama, memang pakaian bebas, anda tidak ada uniform khas berbaju putih, berseluar hijau. No, tidak ada. Tapi anda dikehendaki memakai pakaian formal sepanjang mengikuti pembelajaran tutorial, kuliah mahupun praktikal. Formal yang saya maksudkan, lelaki, berbaju kemeja lengan panjang, berseluar slack warna gelap, berkasut kulit, bertali leher. Untuk perempuan pula, sebenarnya peraturannya adalah berbaju kurung, tapi jangan risau pakai sahaja jubah anda asalkan pakaiannya sopan dan menutup aurat. Pakaian selain yang saya sebutkan seperti tshirt, baju melayu Raihan Hijjaz Unic, seluar jeans dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

5) Macam mana nak cari geng usrah.?

Soalan ini sesuai untuk saya jawab di bahagian KMS kot. Sebab saya tak tahu sangat perlaksanaan di matrik lain. Tapi yang saya yakin dan percaya untuk anda berada dalam biah solehah, saya nasihatkan anda jangan berenggang dengan masjid dan sertai persatuan islam di sana. KMS ada as-Saff, KMM ada NTP, KMK ada Sahabat Imtiyaz, KMJ ada JAPPIM dan yang terbaru Kolej Matrikulasi Kelantan ada Persatuan Sahabat al-Fateh. Silalah isi borang keahlian persatuan islam di kolej masing-masing kerana banyak membantu anda dalam mentarbiyahkan diri anda. Selain itu juga, sila-silalah rajinkan diri ke surau untuk solat berjemaah. Insya Allah geng usrah senang nak dicari.

6) Elaun macam mana? Sama macam PTPTN ke?

Jangan risau elaun kan hado. Ok, elaun bulanan bagi program matrikulasi KPM adalah sama, RM250.00 sebulan. saya menyeru untuk anda semua berjimat cermat kerana elaun yang ada tidaklah mencukupi untuk kegunaan seharian. Sudah menjadi kebiasaan pelajar matrikulasi, selepas elaun masuk, kedai kebajikan pelajar, kafe-kafe akan penuh. Haha. Jadi, berbelanjalah berpada-pada. Letakkan keperluan berbanding kehendak.
------------------------------------------------------------
Saya kira cukup 6 dahulu untuk matrikulasi secara umumnya. Moga dapat membantu. Seterusnya kita beralih kepada bakal junior-junior saya di KMS. Yang bukan KMS, anda boleh pergi main jauh-jauh. Hahaha.. Tapi jika anda masih mahu mneruskan pembacaan, baiklah dipersilakan. Manalah tahu ada sahabat-sahabat anda yang bakal menjadi KMS'ian. Bolehlah anda cadangkan kepada dia untuk membuka blog yang tak popular ni. Ceh.

1) MPPB

Sepanjang minggu MPPB atau saya panggil sebagai Minggu Penat Pengsan Bhai.  Terlalu penat sebab nak menguruskan diri anda yang masih baru di situ. Tapi jangan risau, in sha Allah saya sebagai antara fasilitator nanti akan memastikan MPPB kali ini berada dalam keadaan yang baik dan tidak akan menyusahkan kalian. Cewah. Mereka juga akan berusaha menjadi ala-ala abang kakak mithali manja-manja usap-usap kepala anda lagi. Tapi saya mohon juga agar anda berlaku baik seperti anak kucing gebu yang tidak banyak buat masalah. Dengar dan patuh arahan, tepati masa, sporting, dan kekal havoc, in sha Allah anda tidak akan berada dalam masalah sepanjang MPPB. Senyum kenyit mata.

2) As-Saff

KMS ada satu persatuan yang tak salah saya persatuan yang paling ramai ahli dan paling aktif iaitu Persatuan Sahabat as-Sufi atau lebih dikenali sebagai as-Saff. Persatuan ni lebih kurang macam Badan Dakwah sekolah anda. Dulu kan ada, BADAR, BDDK, BADIK, BADRI dan lain-lain tu. Fungsinya adalah sama dengan badan dakwah, iaitu untuk mewujudkan biah solehah di KMS. Justeru, pelbagai program-program tarbiyah yang dilaksanakan oleh as-Saff dengan kerjsama Unit Pendidikan Islam dan Moral. Antara program yang pernah kami laksanakan pada sesi 2013/2014 adalah Festival Kesenian Islam, Kem Bestari Solat, Jejalah Usrah ke Pantai Kelanang, Usrah Mingguan, Usrah Lilin dan banyak lagi program yang menyeronokkan.

Jadi untuk sesi yang baru ini, akan ada junior-junior saya yang merupakan bekas penggerak as-Saff yang bertanggungjawab mencari pelapis bagi memastikan as-Saff terus bergerak sebagai persatuan Islam yang akan menyampaikan dakwah dan melaksanakan program tarbiyah di KMS. Justeru, jika anda yang membaca entri ini mempunyai sahabat-sahabat, juniors sekolah dan mungkin anda sendiri yang mempunyai ciri seperti ini :-
1) Mempunyai fikrah islam yang baik.
2) Mempunyai ciri kepimpinan.
3) Pernah terlibat dengan mana-mana persatuan Islam di sekolah dahulu.
Ya, sekiranya anda memiliki salah satu daripada ciri ini ataupun anda ingin melatih kepimpinan anda dalam persatuan Islam ini, anda jangan malu dan jangan segan, boleh hubungi saya ataupun suka laman Persatuan Sahabat as-Sufi dan boleh berhubung dengan admin.

Bagi pengambilan ahli baru, borang keahlian akan diedarkan sepanjang minggu MPPB. Silalah isi, mungkin anda terpilih menjadi pimpinan. Dan jika anda tidak menjadi pimpinan, cukuplah anda sebagai ahli as-Saff. As-Saff mempunyai 9 lajnah utama yang akan bergerak mengikut spesifikasi tugas masing-masing. Lajnah yang saya maksudkan adalah, Lajnah Dakwah dan Tarbiyah, Lajnah Usrah, Lajnah Multimedia, Lajnah Publisiti dan Penerbitan, Lajnah Surau, Lajnah Sukan dan Rekreasi, Lajnah Tugas-tugas Khas, Lajnah Akademik, dan Lajnah. Semua lajnah yang saya senaraikan in sha Allah sangat aktif dan memberi manfaat.

3) Kafe.

Itu serba sedikit mengenai as-Saff. Perkara lain yang berkaitan KMS. Tentu semua terfikir mengenai tempat makan, jika di sekolah anda ada kantin dan yang tinggal di asrama ada dema(dewan makan) atau mese (medan selera) and so on lagi nama dia, yang penting membawa maksud yang sama. Di KMS kita memanggilnya kafeteria. Jadi, yang istimewa di KMS adalah memiliki 3 kafe yang besar dan luas. Kafe yang terletak diantara kolej kediaman lelaki, Orion. Dan dua lagi terletak di antara kolej kediaman perempuan, Carina dan Lyra. Erm, memanglah terletak di kolej kediaman mengikut jantina, tetapi dalam peraturan, anda bebas untuk makan di kafe mana-mana sehingga jam 7 petang. Waktu malam hanya untuk satu jantina sahaja. Selain itu saya nasihatkan anda untuk menjaga adab pergaulan ketika makan di kafe jantina yang berlainan dengan anda. Selain itu saya memberi amaran keras, JANGAN JADIKAN KAFE TEMPAT ANDA BERDATING! Fullsetop! Bukan emo, cuma peringatan awal, tak elok dipandang orang apabila lelaki perempuan makan berhadapan berdua-duaan. Bukan sekadar tak elok di mata manusia, bahkan mengundang murka di mata Pencipta.

[kredit]

4) Kolej Kediaman aka Asrama aka Hostel.

Mengenai kolej kediaman pula. Terdapat 5 kolej kediaman. 2 untuk pelajar lelaki dan 3 untuk pelajar perempuan. Normallah tu, pelajar perempuan lebih ramai di institusi pendidikan. Untuk pelajar lelaki, disediakan kolej kediaman Canopus dan Capella manakala untuk pelajar perempuan kolej kediaman anda diberi nama Mira, Vega dan Polaris. Ketika saya mula-mula masuk, kolej kediaman yang pertama saya nampak adalah Mira. Maka, dalam fikiran saya, mungkin nama kolej kediaman diambil daripada nama-nama orang. Selepas Mira mungkin ada Amir, Amina. Ok, manalah tahu kan? Rupa-rupanya nama kolej kediaman diambil daripada nama bintang. Untuk mengetahui lebih lanjut sila gugel sekarang. Di kolej kediaman, kita ada penjaga yang kita tidak panggil warden tetapi felo. Mereka sangat baik dan penyayang. Mereka ibarat pengganti ibu bapa kita di KMS. Jadi sayangilah mereka.

[kredit]




Selain itu juga, ramai bertanya "Kena bawa seterika sendiri ke?". Kalau saya menjawab dengan mengikut skema jawapan yang disediakan dalam buku peraturan. Tak perlu bawa kerana di kolej sudah menyediakan bilik gosok. Tapi disebabkan saya ni dulu bukanlah individu yang mengikuti peraturan sepenuhnya, saya hanya menggunakan seterika di bilik. (ok, tentu ex KMS dah tahu siapa punca black out. Sembah patik harap ampunkan *peluh berpeluh-peluh). Bukan apa, sebab banyak seterika yang rosak dan tak boleh digunakan dengan baik. Tapi saya yakin dan percaya pihak kolej akan memperbaiki masalah tersebut. Dan mungkin sahaja, seterika baru telah disediakan? Senyum. Jadi, nasihat saya tidak perlulah bawak seterika, dan perkakasan elektronik yang tidak dibenarkan. Bimbang akan membawa mudharat kepada yang lain. Jangan ulangi kesilapan kami. Wahahaha.

5) Bangunan Pusat Sumber.

Terdapat satu bangunan di KMS yang diberi nama al-Zarqali iaitu bangunan Pusat Sumber. Dalam bangunan ini, terdapat makmal komputer yang akan digunakan oleh pelajar modul 2 dan 3 untuk matapelajaran sains komputer. Anda akan mengunakan makmal komputer semasa waktu tutorial dan praktikal. Jadi, jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai komputer riba sendiri. Seterusnya, terdapat makmal bahasa yang akan digunakan oleh Unit Bahasa Inggeris. Kebiasaannya makmal bahasa digunakan untuk mengadakan latihan Listening (MUET) kerana mempunyai kelengkapan pembesar suara dan komputer. Tambahan pula, di bangunan ini, ada perpustakaan yang boleh dijadikan tempat anda mengulang kaji pelajaran, mencari bahan rujukan dan meminjan buku. Insya Allah buku-buku yang anda perlukan dalam subjek-subjek di matrik ada. Terutamanya buku antarabangsa. Selain itu, tidak dilupakan para pensyarah unit Sains Komputer berada di bangunan ini. Oleh itu, sekiranya terdapat permasalahan dalam mata pelajaran sains komputer, anda boleh rujuk pensyarah-pensyarah di bangunan ini. Yang paling perlu di beritahu, terdapat perkhidmatan wifi percuma yang sangat laju di sekitar bangunan al-Zarqali ini. Tetapi laman sosial akan diblock sepanjang waktu kelas. Jadinya, anda tidak boleh bermukabuku dan mencicit sakanlah waktu kelas diadakan. Ceh.

[kredit]

[kredit]

6) Bangunan Pentadbiran atau dikenali sebagai Al-Battani.

Jika di sekolah kita memanggil bilik guru, di sini kami memanggil kubikel. Disinilah terdapat semua warga pendidik KMS yang menyumbang bakti kepada anak bangsa. Di sesetengah Kolej Matrikulasi, mereka memanggil sebagai cikgu, tetapi sebagai Kolej Matrikulasi yang baru, kami dengan modern dan bergayanya memanggil Sir/ Madam/ Miss/ Tuan/ Puan. Sama seperti di universiti. Seperti di unit Komputer, anda boleh datang ke kubikel ini untuk bertanyakan sebarang kemusykilan dalam pelajaran. Di tingkat bawah, tempat Unit Biologi dan Kimia, tingkat 1, Unit Matematik dan Fizik, dan tingkat 2 Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Saya minta maaf kerana saya kurang arif dan dengan erti kata lain saya tidak tahu kedudukan Unit Ekonomi, Unit Pengurusan Peniagaan dan Unit Perakaunan kerana saya bukan pelajar perakaunan jadi buat apa saya ambil tahu? Hihihi. Selain itu juga, di bangunan ini, terdapat bilik pengarah, timbalan pengarah, ketua jabatan yang berada di tingkat 1. Jadi sebarang permasalahan boleh merujuk kepada mereka di sana.


[kredit]


7) Bangunan Pelajar atau Aquila.

Okey, inilah yang kami panggil Tesco, Giant, Popular Book Store, MPH ketika kami tidak dapat outing dan sekadar kedai runcit biasa dipandang sebelah mata apabila kami boleh outing. Wahahaha. Iaitu, koperasi! Terdapat 2, yang pertama kedai barangan harian dan juga kedai buku. Apa sahaja barangan keperluan harian seperti sabun basuh, sabun badan, berus gigi, coklat, aiskrim, dan pelbagai jenis barang ada di jual di Signoriz Mart (ye ke tu nama dia) dan barangan seperti, pen, pemadam, buku tulis, perkhidmatan fotostat, print, faks, topup, surat khabar, majalah Ujang, novel lahai banyak benda macam tu dijual di Tinta Ilmu. Tambahan, pejabat yang akan menguruskan anda mahu ke klinik, mahu balik, bercuti, iaitu Pejabat Hal Ehwal Pelajar terdapat di bangunan Aquila ini. Begitu juga sekiranya ada mempunyai masalah dan memerlukan khidmat kaunseling, KMS mempunyai kaunselor yang bertauliah yang duduk juga di bangunan ini. Dan tidak dilupakan bilik JPP juga menjadi ruang yaang menghiasi bangunan Aquila.

[kredit]


8) Bangunan Akademik @ al-Farghani

Penat dah bercerita dan anda membaca mengenai hal-hal lain. tetapi saya kira ini adalah bahagian yang PALING PENTING bagi kehidupan anda sebagai pelajar KMS, ; belajar. Di bangunan inilah anda akan menuntut ilmu, sama ada di tutorial ataupun kuliah. Dewan kuliah ada 6, 2 Dewan Kuliah Besar (DKB 1 dan 2) serta 4 Dewan Kuliah Kecil (DKK 1, 2, 3 dan 4). bilik tutorial pula ada banyak. Jadi mustahil dan tidak penting untuk saya senaraikan. 0BT1 maksudnya, aras bawah bili tutorial 1, dan begitulah seterusnya. Diharapnya anda boleh manfaatkan bilik turorial ini dengan baik. Jangan digunakan untuk tujuan yang lain-lain yang boleh mengundang murka dan menyalahi norma-norma syariah sebagai orang Islam. (moga faham-faham sendirilah yek).

[kredit]


9) Bangunan Makmal.

Okey, saya rasa bila saya sebut makmal anda akan membayangkan nak bedah tikus. Ke saya je dulu fikir macam tu? Bawa bertenang. Bangunan makmal ni khusus untuk budak sains. Ada 2 tingkat. Aras bawah, 1 dan 2. Aras bawah adalah milik semua pelajar sains, iaitu makmal kimia. disinilah anda akan mengenali asid itu, base, solution itu ini, berasap ke hapa ke di sinilah dia. Tingkat 1 adalah milik pelajar modul 1 dan 3. Makmal biologi, tempat anda bertemu mikroskop, di KMS sem 1 ada masanya anda akan guna miskroskop seorang satu, dan adakalanya berkongsi. Yang pastinya sangat seronok! Okey, tingkat 3 adalah makmal fizik. Err, apa yang ada kat sana ya? Maaflah kome ni budak modul 3 tak pernah masuk pun makmal fizik. yang pastinya makmal fizik tak sebest makmal komputer dan makmal bio. Eh?

[kredit]


10) Surau as-Sufi.

Ini adalah bahagian yang paling saya suka sekali kerana inilah tempat kebanyakkan masa saya di KMS dihabiskan. Bukanlah saya nak cakap saya bagus sebab suka habiskan masa di surau, tapi sejujurnya as-Sufi menjadi medan pentarbiyah pelajar yang unggul di KMS. Menjadi markas pergerakan Persatuan Sahabat as-Sufi (as-Saff). Nama je surau, tapi besar gedabak, ada dua tingkat. Tempat pelajar lelaki dan orang yang tinggal berhampiran menunaikan solat fardhu jumaat. Dan istimewanya di sini, pelajar perempuan juga ada yang menyertai solat fardhu jumaat ini. Di surau ini jugalah pelajar membuat ulang kaji pelajaran serta aktiviti-aktiviti pelajar. Di samping itu, Surau as-Sufi adalah tempat paling cantik untuk pelajar bergambar selfie menggunakan monopod serta buat posing lompat. Pfffttt.



11) Kelengkapan sukan.

Saya kira kelengkapan yang disediakan begitu cukup untuk melahirkan atlet-atlet harapan bangsa dan negara. Hamboih. Terdapat Astaka sebagai pusat sukan kolej. Selain itu, ada stor sukan yang menyimpan peralatan-peralatan sukan yang anda boleh pinjam untuk beriadah. Anda nak apa? Raket tennis, badminton, squasy, kriket dan lain-lain. Semua hado. Tambahan, trek larian yang besar juga ada di Astaka. Apa lagi? Anda ingin berbasikal? Anda boleh meminjam basikal di stor basikal yang terletak di bangunan al-Farghani. Inginkan badan yang sado? *batuk kecil. Gymnasium terletak di Dewan Antares. Begitu juga dengan gelanggang skuasy dan padang pentaque, juga berada di dewan Antares. Gelanggang Tennis dan Futsal berada di hujung sekali berhampiran dengan padang bola. Jadi apa yang anda nak lagi?

[kredit]

[kredit]


--------------------------------------------------------

Semoga penulisan yang tidak seberapa ini dapatlah membantu adik-adik yang nak mendaftarkan diri di mana-mana Kolej Matrikulasi SeMalaysia umumnya dan Kolej Matrikulasi Selangor khususnya. Selamat maju jaya, semoga Allah memberkati anda, dan paling penting ayuh hash tah (#) kms dan assaff di pencicit agar kita dapat trending. Hehe.

Aman tanpa perang.
-Brader Kopi Pekat-
p/s : Terima kasih kepada pemilik gambar yang menyumbangkan gambar. Saya megkreditkan untuk anda.. :)

Monday 5 May 2014

Ayah, Saya Dah Boleh Makan Ke?

[kredit]
[Disklemer biasa : ini adalah pendapat saya. Bukannya satu fatwa mana-mana ulama'. Sekadar pendapat saya berlandaskan nas-nas yang telah saya dengar. Langsung tidak memaksa anda untuk setuju, dan menjadikan sebagai panduan hidup. Ini adalah satu bentuk tulisan penulis marhaen yang tidak bernilai. Sekadar berkongsi pandangan, tegur sekiranya ada kesilpan. Sesungguhnya satu yang saya cari dari penulisan ini; redha Ilahi. Sekian.]

Anda pernah berada dalam situasi ketika kanak-kanak di bulan Ramadhan. Ketika anda berpuasa, atau ayat  yang lebih tepat, anda berjinak-jinak mahu berpuasa penuh kerana ingin mendapat duit raya dengan banyaknya daripada keponakkan. Ke macam mana? *batuk kecil*. Tapi ada satu masa anda berpuasa tapi pada awal pagi, anda tidak bersahur. Meskipun Ibu anda mengejut dengan ganasnya, tapi anda masih memilih untuk bersatu dengan selimut daripada makan pagi. Anda yang masih setahun jagung dalam dunia berpuasa tidak terlalu ambil kisah dengan afdalnya bersahur itu.

Di pagi hari, dibawah terik mentari, dengan perut yang kosong tidak terisi, perut anda mula berkeroncong berbunyi. Tandanya perut ada perlu diisi, tetapi waktu berbuka masih lambat lagi. Anda bertahan, dan terus bertahan. Peti ais di dapur menjadi persinggahan. Anda menguak pintu peti ais, meninjau makanan apa yang ada, oh, ada ayam goreng sejuk beku panas dan pedas (sila baca : hot and spicy), ada nugget ayam. Peh, lazat. Kalau digoreng pun sodap! Eh, tapi waktu berbuka puasa masih belum tiba.

Anda mengambil bau makanan di dapur. Anda tidak habis-habis bertanya kepada bapa anda, "Ayah, saya dah boleh makan ke?", "Ayah, lambat lagi ke waktu berbuka?", "Ayah, boleh tak ayah azan sekarang?". Anda jadi tertekan apabila ibu anda sedang memasak di dapur, juadah yang bukan sebarangan. Ayam percik! Peh, kelazatannya terserlah. Anda sudah tidak mampu bertahan. Semua yang berada di sekeliling mendesak anda. Ditambah dengan si adik kecil anda sedang seronok makan karipap, yalah dia masih kecil, bukannya berpuasa. Anda tidak kira, anda mahu makan, perut anda perlu diisi. Akhirnya anda makan sebelum azan.! Maka batallah puasa anda pada hari itu. Okey, tamat kisah pengalaman saya ketika berpuasa. Ehem.

Ewah, panjang sungguh kisah di atas ni. Penuh dengan mood debaran, ceh. Tetaapi sebenarnya terdapat satu maksud yang saya cuba sampaikan. Kisah di atas hanyalah satu analogi, tapi kisah ini sangat dekat dengan hidup kita. Analoginya juga acap kali berlaku dalam kehidupan kita. Adakalanya kita tidak pernah perasan kerana inilah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Mungkin juga kita perasan, tetapi kita hanya pandang enteng sahaja, iyalah orang lain pun buat juga. Jadi perkara ini menjadi perkara biasa dalam kehidupan.

Eh, nampak serius saja DM ni, apakah?

Okey, tarik nafas sebentar dan lepas. Agak berat sebenarnya untuk kita mengubah pemikiran masyarakat kita yang sudah lama dimomokkan dengan ideologi sebegini buat berapa kurunnya. Jika kita pandang dari sudut melayunya, sebenarnya perkara ini bukanlah perkara yang enak dipandang kerana melanggar norma ketimuran masyarakat melayu. Tetapi entah mengapa, orang melayu juga sudah terpengaruh dengan fahaman sebegini. Menjadi biasa. Yang tidak melakukannya dianggap tidak normal, kampungan, tidak ada kehidupan, bosan, buruk, hodoh, gemuk!

Jangan emo boleh? Okey, terus pada poinnya.

Baiklah, analogi puasa ini adalah analogi yang dikaitkan dengan bercinta sebelum kahwin. Klise bukan? Sebenarnya saya bukanlah orang yang terlalu suka bercakap mengenai cinta. Tapi bagi saya, penekanan mengenai HARAMNYA CINTA SEBELUM KAHWIN ini sangat perlu dilakukan sepanjang masa, dan diingatkan. Manakan tidak ikhwah akhawat yang kencang berusrah pun ada yang terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat ini. Sungguh!

Cinta itu fitrah, samalah juga dengan makan. Makan itu fitrah, tapi berbalik pada analogi yang telah saya berikan tadi, waktu untuk makan belum tiba kerana lambat lagi untuk berbuka puasa. Tapi kita desak firah itu dengan tengok-tengok makanan, ambil-ambil bau, tengok-tengok makanan dalaman peti, lama-kelamaan kita jadi tak tahan. Akhirnya nafsu yang mengurus fitrah, jadilah kita makan sebelum tiba waktu makan. Begitulah cinta yang juga fitrah. Allah telah tetapkan tarikh, masa dan waktu jodoh seseorang itu tiba. Tapi kita tidak sabar, kita desak fitrah cinta dengan bercinta sebelum tiba masa. Mesej tak kira masa, telefon bual bicara, berdating berdua-dua. Semuanya menyebabkan fitrah kita itu tidak tahan, akhirnya nafsu yang mengawal fitrah, dan timbullah perasaan nak kahwin awal atau nak buat bermaksiat.

Itulah kesannya apabila fitrah ini tidak diurus dengan baik. Oh, ya. Saya tahu, anda yang berpendapat kahwin muda ni dapat elakkan zina, maksiat dan kelalaian. Pertama, maafkan saya. Saya langsung tak menafikan perkara tersebut. Dan saya juga langsung tidak menghalang perkahwinan muda. Ya, lebih baik anda berkahwin daripada berdua-dua dengan yang haram dengan anda, daripada berhubung tanpa ikatan baiklah dipercepatkan.

Dan bagi saya jika mampu dan bersedia, maka kahwinlah. Tapi apa kayu ukur kemampuan dan kesediaan diri untuk berkahwin? Adakah cukup apabila kita ada duit, itu tandanya kita bersedia? Adakah apabila kita dapat keputusan yang cemerlang gemilang dalam peperiksaan, itu tandanya kita sudah bersedia untuk berkahwin? Adakah dengan restu ibu ayah, sudah cukup untuk kita berkahwin? Apa sebenarnya pertanda kita sudah bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga ini?


[kredit]

Jawapan saya mudah, pertama ukur apa situasi anda dan perkahwinan pada ketika ini. Adakah sunat? Adakah wajib? Adalah harus? Adakah makruh? Adakah haram? Timbang tara hukum yang telah digariskan para ulama' dengan situasi anda. Jika wajib, maka cepatkanlah, tapi kalau haram? Fikir baik dan buruknya dahulu sebelum membuat pertimbangan. Selain itu juga, kesediaan untuk berkahwina adalah sejauh mana kefahaman kita dengan ilmu agama yang boleh memimpin perkahwinan kita ke arah yang baik.

Cara ukurnya adalah sejauh mana kita dapat mengaplikasikan ilmu yang kita ketahui dalam kehidupan seharian kita. Contohnya ilmu kita mengenai aurat. Kefahaman mengenai aurat itu dapat kita ukur melalui kita berjaya menutup aurat dengan sempurna. Begitulah dalam alam perkahwinan, ilmu untuk melayari bahtera perkahwinan dapat kita ukur apabila yang pertamanya kita dapat memandu hidup kita untuk hidup berlandaskan syariah. Macam mana nak bimbing isteri jika diri sendiri pun tak mampu jaga.

Buatlah pilihan yang bijak. Perkahwinan ini satu medan.. Analoginya dalam permainan bola sepak, pemain bola perlu mempunyai persediaan yang cukup untuk memastikan mereka berjaya dalam perlawanan yang mereka hadapi. Jika kurang persiapan, kebarangkalian untuk menang menjadi sedikit. Tetapi saya tak nafikan masih anda yang berjaya walaupun persiapan nya kurang. Begitulah perkahwinan, satu medan, jika kurang persiapan, kebarangkalaian untuk rumah tangga bergolak sangat tinggi, dan saya tak nafikan ada juga yang berjaya perkahwinannya.

Di usia yang masih belasan tahun ini, saya menyeru anda yang sebaya dan mungkin tua, dan mungkin muda daripada saya untuk berfikir sejenak. Adakah kita mahu perkahwinan yang kita bina ini hanya bertahan sehari dua, ataupun mahu kekal selamanya?. Jodoh Allah tidak pernah tertukar. Siapkan diri, agar bersiap sedia menghadapi pejuangan perkahwinan. Janji Allah itu pasti! Jangan pernah ragui.

p/s : sebenarnya artikel ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustazah Fatimah Syarha. Maaf, saya tidak berminat pun mengenai soal cinta dan kahwin ini. Cuma sekadar memberi peringatan., Selain itu, terlalu banyak lagi yang ingin dikongsi. Dengan penulisan marhaen di atas ni, sebenarnya tidak cukup untuk memaham semua mengenai perkara ini. Rajin-rajinlah baca pendapat ulama' berkaitan isu ni. Tambahan, harap tidak terlalu tumpu dengan bab-bab cinta, kahwin ni. Islam bukan hanya ini. Tambah ilmu perundangan islam. Sekarang ni isu tu sangat memerlukan kefahaman anak muda. Moga Allah jaga!

Saturday 3 May 2014

Ikhwah Jambu..

[kredit]
[Tulisan kecil : Ini adalah tulisan saya yang merupakan pendapat peribadi saya. Bukan bersikap prejudis tetapi saya cuba memahami situasi yang berlaku. Jika anda adalah perempuan, anda boleh menukar ikhwah kepada akhawat. Sonsangkan sahaja jantina dalam artikel ini. Saya menggunakan ikhwah kerana saya juga ikhwah. Mudah untuk bercerita. baiklah, selamat membaca. vavavum!]

Dia pemuda biasa, baru mencecah 22tahun. Berkulit sawa matang lelaki Asia, berdagu runcing, wajahnya bersih meskipun kelihatan sedikit parut jerawat, berhidung mancung, kening separa tebal, bibir yang merah pekat mengalah bibir anak gadis berlipstick, eh, dan ketika dia tersenyum, jelas kelihatan lesung pipit yang dalam. Berketinggian 178 cm dan berdada bidang menambahkan lagi pakej menjadi next top model. Ehem. Ringkas tapi tampan.

Sebelum ini, sudah lebih 6 anak gadis yang menjadi teman wanitanya. Almaklumlah, rupa ada, petik jari beratur orang mengambil nombor mengambil giliran untuk keluar bersamanya. Tapi dia tidak pernah merasai kepuasan bercinta sedemikian. Bercinta dan putus menjadi rutin harian baginya, mudah untuk dia katakan, dia cepat bosan ; CINTA PAKAI BUANG.

Tetapi semenjak dia melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pendidikan, ada seorang sahabat telah memitamkan dan mencampak dirinya ke dalam satu persekitaran yang asing bagi hidupnya. Tapi dia seronok, mungkin sudah dapat mengadaptasi dengan sekeliling. Ya, persekitaran yang tidak ramai orang dapat memiliki; bi'ah solehah. Semuanya bermula selepas dia dibulatan gembirakan. Gara-gara seorang sahabat yang berjaya mengikatnya dengan dakwah fardiyah, dia dengan rela hati mengikut gerabak ini.

Lantas, dengan persekitaran sedemikian, sudah pasti hidayah datang memeluknya. Sungguh ketara perubahan yang berlaku dalam dirinya. Daripada kasanova melayu buaya kepada ikhwah sopan bertatasusila. Siapa sangka anak muda yang memiliki wajah yang tampan dapat berubah 360 darjah akibat layu dalam pelukan hidayah. Semua milik Allah.

Semua tampak indah, bulatan gembira menjadi rutin harian, qiamullail menjadi permainan, al-Quran menjadi ulangan, zikrullah menjadi siulan. Hebat! Namun, syaitan tidak pernah berputus asa menyesatkan anak cucu adam sehingga hari kiamat. Apabila berada dalam persekitaran yang ceria (bak kata Inche Gabbana arnab comel gebu berlari di padang bunga dafodil), makin berasap syaitan dan kuncu-kuncunya. Makin tidak senang duduk dibuatnya. Makin panas punggung jadinya. Maka, seribu macam strategi dirangka, pelbagai alternatif bakal dilaksana. Misi yang jelas, Mahu Menyesatkan Kembali Ikhwah Jambu!

Begitulah sedikit prolog mengenai ikhwah jambu. Seperti yang saya sudah gambarkan di atas, lebih kurang begitulah ciri-ciri ikhwah jambu yang saya maksudkan. Ataupun anda sendiri boleh mereka watak ikhwah jambu berdasarkan pemerhatian anda di sekeliling, dan mungkin anda sendiri merupakan ikhwah jambu yang saya cari? Peh, lejen!

Saya dan ikhwah-ikhwah lain berjaya juga menarik pemuda-pemuda yang saya kira ada rupa untuk masuk ke dalam gerabak DnT ini. Mungkin mereka pilihan Allah untuk bersama-sama memeriahkan landasan ini dengan wajah mereka yang jambu. Iyalah, jalan dakwah ini milik semua orang, tua muda, miskin kaya, tampan dan kurang tampan, jambu dan mangga. Eh?

Dan di bahagian akhir prolog di atas, bagaimana syaitan tidak pernah duduk diam. Ikhwah jambu yang berhijrah mahu kembali disesatkan. Pada kali ini, ujian yang mereka hadapi bukan daripada wanita berambut bebas (baca : free hair), mahupun gadis seksi, tetapi ujian yang Allah berikan kepada mereka dalam bentuk muslimah bertudung labuh. Nampak seperti prejudis, tapi itulah realiti. Wanita sememangnya satu senjata mudah untuk melemahkan lelaki.

Pernah satu ketika, ada seorang ikhwah yang saya kenali. Wajahnya memang jambu, baru sahaja menyertai saya dalam gerabak ini, setelah itu, dia menerima banyak mesej/ wasep dan lain-lain media namun bukan dalam bentuk ngurat cara lama seperti, "Nak berkenalan boleh?" ataupun, "Awak dah berpunya?" tetapi melalui persoalan-persoalan agama, misalannya, "Macam mana nak dakwahkan sahabat kita yang tak tutup aurat?". Kemudian ikhwah membalas dengan panjang lebar kebetulan dia baru sahaja mendengar taujihat murabbi mengenai aurat. Disebabkan dia ikhwah, maka muslimah itu membalas, "Syukran, akhi (siap ada emotikon senyum nampak gigi dan ibu jari tanda suka).". Tampak biasa, lantas ikhwah membalas, "Afwan. (diberi emotikon, ikhwah juga tidak mahu kalah, dibalas emotikon yang lebih comel).

Tak mustahil perbualan itu akan berulang kembali dengan persoalan-persoalan agama yang lain daripada muslimah itu. Lelaki mana tak terusik hatinya jika menerima layanan sedemikian oleh perempuan. Hati mana tak berbunyi jika diberi senyuman oleh jantina berlainan meskipun senyuman melalui wasep mahupun viber. Walaupun dia ikhwah!

Kisah lain pula, ada ikhwah yang juga sama jambu, baru sahaja berubah. Sudah pandai menutup aurat dengan sempurna, tidak lagi berboxer di khalayak, sudah rajin berjemaah di masjid, kencang berbulatan gembira. Semuanya kerana dirinya sedar akan ajal bisa tiba bila-bila masa. Maka, tanpa berlengah panggilan hidayah disahut, Yang Maha Kuasa menjadi tujuannya! Namun seperti biasa, ada yang menggangu. Timbul kisah kononnya perubahan ikhwah itu disebabkan untuk menarik perhatian akhawat menawan. Kononnya\a, untuk kelihatan baik di mata akhawat. Kononnya, untuk menjadi menantu pilihan oleh murabbiah yang ada anak usrah yang cantik rupawan. Hamboih!

Kasihan, seribu kali kasihan. Ikhwah itu baru sahaja mengenal erti tarbiyah, baru sahaja berjinak dunia dakwah, sudah terjelopok dalam kesusahan sedemikian. Baru bertatih-tatih menuju hidayah Allah, sudah dilambung derita yang tak kunjung sudah. Hatinya terusik, keikhlasannya dipertikai. Ya, ketika ini, tugas ikhwah-ikhwah lain menjadi besar. Mengembalikan semangat ikhwah itu yang semakin pudar dek teruji dengan perempuan. Ya, usaha itu perlu dilaksanakan dengan segera. Sebelum menjadi lebih derita.

[kredit]

Kisah ikhwah jambu yang ketiga. Sering menjadi sebutan akhawat mahupun bukan akhawat.
"A**** ni tampan wei, hari tu jadi imam, merdu sangat-sangat. Aku cop dia dulu ya.",
"E*** tu makin rajin ke surau, rupa pun ada, akhlak pun mulia, dia milik aku!,",
"A*** M**** tu hafal al-Quran eh? Patutlah sejuk je aku tengok wajah dia, bersinar-sinar shine bright like a diamond camtuh. Dia suami aku!," Eheh. Sampai tahap sedemikian diri ikhwah-ikhwah itu disebut dari bibir ke bibir. Ada tu yang terpaksa berhelah menyatakan yang dia sudah pun bertunang supaya dia dapat menghentikan gangguan-gangguan yang boleh menggangu hatinya untuk mengingati Tuhan. Allahu Rabbi..

Saya tidak tahu siapa yang salah. Yang pastinya saya tidak berminat ingin mengetahui siapa salah. Mungkin itulah ujian yang dihadapi oleh ikhwah jambu. Ujian yang mereka kena tempuhi setelah mereka mengangkat tangan berikrar berjanji sehidup semati dalam gerabak ini. Mereka juga sudah diingatkan jalan dakwah bukan jalan untuk berjalan-jalan, dihiasi dengan permaidani dan hamparan. Pesanan saya kepada muslimat, akhawat dan perempuan di luar sana, mohon jangan digugah persaan ikhwah-ikhwah seperti ini. Mereka masih lemah, jangan kerana anda, hidayah yang menyapa mereka, berlaku pergi begitu sahaja. Saya mohon.

Tahniah buat anda yang sudah mula diuji ketika batu bertapak di jalan ini. Itu tandanya Tuhan sedang menguji keikhlasan hati. Terus tsabat dalam perjuangan, tegakkan hati. Jaga hatimu, engkau sudah beriltizam dalam gerabak ini. Kuatkan semangatmu, kerana engkau adalah ikhwah dan kau juga jambu dan engkaulah si Ikhwah Jambu!

[kredit]


p/s : Sekian lama tidak menulis, draft yang dah lama tertangguh. Dalam fikiran ni dah banyak kisah nak dicoretkan. Alhamdulillah selesai sudah pengajian. Doakan dalam tempoh cuti ini, blog ni tidak akan sunyi lagi. Mohon doa! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...