![]() |
[kredit] |
Keadilan. Saya mentakrifkan keadilan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bunyinya macam mudah, tetapi sejauh mana dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita? Lawan bagi keadilan adalah kezaliman. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Isu adil dan tidak adil acap kali dibangkitkan oleh masyarakat. Paling banyak diketengahkan apabila berkaitan dengan harta pusaka dan poligami. Baiklah saya berikan contoh situasi.
Situasi 1.
"Halijah, kau nak dengar cerita tak. Faruq anak pak Deris tu baru je berkahwin yang kedua, maksudnya, Fatimah tu dah dapat madu. Aku dengarlah, Faruq belikan isteri baru dia kereta Vios yang baru keluar tu, tapi Fatimah dapat kereta Saga je. Memang tak adil betullah si Faruq tu. Dah tahu nak bermadu, kenalah bahagi sama-rata antara isteri.,"
"Iya, Saodah? Aku pun ada dengar juga. Tapi ini ada kisah yang lebih kurang sama je dengan si Faruq tu. Nazim belikan isteri muda dia banglo 2 tingkat. Kau tengok tak rumah isteri tua dia? Setingkat je. Faruq ke, Nazim ke sama je, ada hati nak berpoligami."
Situasi 2.
"Ini tidak adil. Macam mana abang boleh dapat banyak tu? Adik dapat banyak ni je? Padahal ayah lebih sayang pada adik berbanding abang. Waktu ayah hidup pun, adik yang banyak luangkan masa dengan ayah. Tapi harta ayah, adik dapat sikit ni je? Ini tidak adil!"
Baiklah, cukuplah dua situasi di atas.Saya yakin anda juga mampu memberikan contoh-contoh yang seumpama dengan contoh-contoh di atas. Inilah senario yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Apa yang boleh saya cakap, adil itu bukan diukur pada kuantiti atau nilai sesuatu, tetapi diukur sejauh mana sesuatu perkara diletakkan pada kesesuaian tempat dan masa.
Baiklah, mengenai pembahagian harta pusaka. Saya sempat belajar 4 bulan mengenai pembahagian harta pusaka dalam Islam. Pembahagian yang sangat cantik. Setiap bahagian ada sebab dan alasan. Lelaki akan mendapat lebih dari perempuan. Ya, jika diukur dari sudut nilai dan keadilan pembahagian. Nmpak macam tidak adil. Lelaki lebih daripada perempuan. Mana boleh kan? Em..em, tapi itu jika difikir berdasarkan akal fikiran kita, tapi cuba kita pandang hikmahnya.
Seperti yang kita tahu tanggungjawab yang dipikul oleh lelaki adalah lebih besar jika dibandingkan dengan perempuan. Saya pernah dengar ada ustaz cakap, "Duit suami untuk suami dan isteri, tapi duit isteri untuk dia sahaja. Dia boleh memberi wang kepada suami, tapi bukan satu kewajipan,". Selayaknyalah lelaki mendapat yang lebih banyak daripada perempuan, bukannya untuk memuaskan keperluan lelaki semata-mata ataupun mahu menindas kaum wanita.
Berkaitan adil dalam poligami, hem, saya akui memang banyak pasangan yang mengamalkan poligami gagal melaksanakan keadilan seperti yang ditetapkan dalam Islam, tetapi dengan kes-kes buruk yang ditayangkan dan dihebahkan di media, tidak bermakna tidak ada pasangan yang bahagia dengan poligami mereka. Jika kita ukur adilnya poligami dengan material, memang tak sudah. Isteri pertama dapat rantai emas 5k, isteri kedua pun kena dapat rantai emas yang sama. Seperti yang saya sebutkan di awal, adil itu meletakkan sesuatu kena pada tempatya, dan berdasarkan situasi yang saya beri di atas, mendapat kereta Saga dan yang satu lagi dapat Vios, tidak menggambarkan si suami tidak adil. Mungkin itu pilihan si isteri. Isteri yang mendapat Saga sememangnya mencintai produk negara.
Saya berikan analogi, seorang bapa ada anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Menjelang hari raya, untuk menunjukkan adilnya si bapa, dia telah membeli kedua-dua anaknya baju melayu sama warna, sama saiz, dan sama harga. Adil bukan? Tapi ini tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Anak perempuan sewajarnya mendapat baju kurung/kebaya/jubaah dan anak lelaki dibelikan baju melayu.
Kolerasinya di sini, saya ingin menekankan bahasa adilnya sesuatu bukan pada nilai atau kuantiti, tetapi sejauh mana sesuainya perkara itu dilaksanakan. Kita berfikir bersandarkan pada wahyu, bukannya akal dan nafsu. Kita menentukan adil ataupun tidak, berdasarkan kesesuaian. Barulah kita tidak tertekan. (ceh, kaitan).
Apa-apa pun,
MACAM ADIL JE..

p/s :: update yang paling bosan.. haha..^^
No comments :
Post a Comment