![]() |
[kredit] |
Justeru, pelbagai langkah yang diusahakan oleh penduduk dunia bagi membantu secara langsung ataupun tidak berkaitan isu ini. Tabung derma kilat telah dilancarkan oleh pelbagai NGO yang ada seperti Muslim Care, Aqsa Syarif, Aman Palestin, dan pelbagai lagi badan yang ditubuhkan bagi membantu rakyat Palestin. Wang yang disumbangkan akan disalurkan kepada rakyat Palestin bagi meringankan beban mereka, dari sudut keperluan makanan, tempat tinggal, perubatan, dan juga bagi membaik pulih ekonomi dan fasiliti yang telah hancur ranap akibat perlakuan jahanam Rejim Zionis!
Selain itu, usaha lain yang turut dilaksanakan adalah memboikot produk-produk yang secara terang-terangan menyumbang dan memberi dana kepada Israel. Pertamanya, kita perlu faham apa definisi sebenar boikot. Saya meminjam definisi yang telah digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,
'Enggan berurus dengan (seseorang, organisasi, dll), biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institudi yang berkenaan menerima syarat tertentu.'
Baiklah, tujuan kita memboikot adalah untuk menyatakan rasa tidak bersetuju. Iya, itulah objektifnya. Kita tidak bersetuju dengan tindakan syarikat-syarikat tersebut menyumbang dana kepada pertubuhan dan badan yang memcetuskan kezaliman di Palestin. Tambahan, atau memaksa syarikat berkenaan menerima syarat tentu. Apa syarat untuk kita berhenti memboikot? Apabila syarikat tersebut berhenti memberikan sumbangan kepada Israel.
![]() |
[kredit] |
Izin Laluan 1 : Asyik-asyik nak boikot. Kalau kita je yang buat, orang lain tak buat tadek guna juga.
Respon : Keadaan yang berlaku mendesak kita untuk memboikot, jadi boikot. Isu 'kita je buat' sebenarnya tidak wujud sekiranya kita saling ingat mengingati antara satu sama lain untuk turut serta untuk meboikot. Paling penting, kenapa nak persoalkan usaha orang lain? Tanya dahulu pada diri sendiri, 'aku sudah boikot atau belum?'. Jika sudah, apa lagi, ajaklah orang sekeliling anda juga untuk memboikot, barulah tidak timbul isu 'aku je buat'.
Izin Laluan 2 : Produk Nestle ni banyak sangat dalam kehidupan seharian kita. Jangan syadid sangat boleh?
Respon : Memang banyak, saya akui, tapi jika kita perhatikan betul-betu,l banyak lagi produk yang lebih kurang sama dengan produk Nestle yang berada di pasaran. Siapa yang beritahu anda yang Milo adalah satu-satunya minuman coklat yang ada? Sebenarnya alternatif kepada produk-produk Nestle yang ada dijual di luar sana, ada banyak, cuma anda perlu 'open your eyes widely' semasa berjalan di pasaraya Mydin. Ha, terlupa pula saya, bukankah kita ada Kedai Rakyat 1 Malaysia. Banyak sangat pilihan produk yang lebih kurang sama dengan produk Nestle, bahkan lebih murah dan merupakan produk buatan Malaysia. Ok? Cubalah sedikit-sedikit yang terdaya. Moga Allah permudahkan.
Izin Laluan 3 : Eleh, boikot Mekdi kunun, ni Facebook kau guna rancak kemain aku tengok. Facebook kan barang yahudi. Deletelah akaun Facebook, tak payah lah guna. Booo.
Respon : Jangan emo boleh? Baiklah, sebelum anda emo terlebih, saya nak tanya, ada ke penyataan bertulis ataupun fakta yang jelas yang menunjukkan Facebook benar-benar menyumbang kepada Israel/Rejim Zionis? Jikalau ada, apa salahnya menggunakan senjata makan tuan? Cuba anda lihat facebook telah dijadikan medium untuk menyebarkan berita mengenai kesedaran pembelaan kepada penduduk Palestin, walaupun Facebook menyumbang (kalau ada faktalah) kepada Israel, salah ke kita nak jadikan senjata makan tuan? Dan cuba anda fikir perbezaan antara memboikot Mekdi dan Facebook. Dengan Facebook, kita boleh menyumbang melalui penyebaran berita-berita terkini yang berlaku di Palestin, tetapi dengan Mekdi? Apa sumbangannya? Menggemukkan badan dengan makanan yang tidak sihat sahaja. Jadi, jelas?
Izin Laluan 4 : Habis tu, intel processor, laptop, telefon motorola semua tu dah nyata menyumbang kepada Israel. Yang ada kat rumah tu, nak buang ke?
Respon : Allah. Bak kata pensyarah kimia saya, "Use your brain." apa yang kita dah beli, sumbangan hanya disalurkan melalui wang yang digunakan ketika awal pembelian. Tujuan boikot adalah untuk mengelakkan masyarakat membeli pada masa yang akan datang. Apa yang sudah lepas, dan sudah terbeli, tidak mengapa. yang penting anda tidak mengulanginya lagi. Saya berikan analogi, anda membeli Mekdi pada jam 8 pagi, anda mula makan dengan lazat nyum nyum MekChicken dan MekFluffy hanya dalam tempoh 15 minit. Kemudian, pada jam 9 malam, anda mula terbaca di Facebook mengenai saranan memboikot produk tersebut. Saya mahu bertanya kepada anda, adakah anda perlu memuntahkan kembali MekChicken yang sedang mengalami proses penghadaman itu?
![]() |
[kredit] |
Respon : Sekurang-kurangnya mereka ada kesedaran. Terpulanglah bermusim kemarau ke, bermusim durian ke, asalkan ada lakukan sesuatu untuk menyatakan sokongan. Bermusim ataupun tidak, lantaklah. Daripada hanya tahu merungut, mencela, dan merendahkan usaha yang ingin memboikot. Tambahan, ini bulan ramadhan, daripada anda sibuk-sibuk kata orang boikot bermusim, cuba tanya diri sendiri, "Apa yang sudah aku lakukan untuk Palestin."
Izin Laluan 6 : Apa ni boikot-boikot? Kesian anak melayu yang bekerja di Mekdi, Starbuck. Anda tahu boikot je, ada anda tolong bagi pekerja-pekerja tu makan.?
Respon : Adakah itu pekerjaan yang ada di atas muka bumi bertuah Malaysia. Bukankah, Malaysia masih aman, bersyukurlah. Pffftt. Memang kesian kepada anak-anak melayu yang bekerja, tetapi lagi kesian kepada anak Palestin yang kehilangan ibu bapa, sisteri yang kehilangan suami. Kesiannya mereka bukan hanya pada tidk cukup kewangan untuk makan, bahkan kesiannya kepada mereka melihat kepada angka kematian yang semakin bertambah. Jangan kita berkata mengenai kesian, jika kita tidak tahu erti kesian yang lagi teruk mereka alami di sana. *Nangis*.
Izin laluan 7 : Berhasil ke boikot ni?
Respon : Anda lupa cerita burung kecil yang cuba memadamkan api yang sedang membakar tubuh kekasih Allah, Ibrahim? Baiklah, saya ulangi. Ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh api dibawah arahan Raja Namrud, ada seekor burung kecil memasukkan air ke dalam paruh kecilnya, dan berulang-alik membawa air untuk memadamkan api yang membakar tubuh Ibrahim.Tiba-tiba ada suara sumbang yang macam anda ni, melekehkan usaha burung kecil itu, "Eleh, kau ingat dengan air tu, api boleh terpadam ke? PAruh kau tu kecil je." Lebih kurang macam tulah ayatnya. Anda tahu apa yang dibalas oleh burung kecil itu? Bersedia dengan baldi dan tisu cap Premier? "Aku tahu di akhirat kelak, Allah tidak akan bertanya adakah usahaku dapat memadamkan api, tapi aku yakin Allah akan bertanya padaku, apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api tersebut." Samalah juga, kita kena yakin, Allah takkan tanya kita adakah usaha memboikot ini membuahkan hasil, tapi takut nanti kita terkontang-kanting mencari jawapan bila ditanya Allah, apa yang kita telah lakukan untuk membantu saudara kita di sana. *Menangis teresak-esak*.
Izin laluan 8 : Kenapa mesti Mekdi, Starbuck, Coca-Cola?? Saya minat sangat-sangat. Feveret saya tu. *Mood sinetron jam 2 petang*.
Respon : Sebenarnya tak ralat sangat boikot 3 produk tu. Tahu kenapa? Mekdi memang umum maklum merupakan makanan segera yang tidak sihat dan tidak elok untuk badan. Bahkan, ada kenyataan yang menyatakan burger Mekdi mempunyai bahan kimia yang tidak dibenarkan dan menggunakan daging yang mempunyai tahap kualiti yang rendah. Starbuck? Hek eleh, mahal gila makanan dan minuman di sana. Kenapa nak makan dan minum yang mahal, sedangkan kita ada pilihan yang lebih murah. Coolblog mungkin? Haha. Dan, Coca-Cola? Kandungan gula yang sangat tinggi di dalam minuman yang menjadi penaja rasmi Piala Dunia itu menyebabkan Coca-Cola tidak wajar diminum meskipun kita tidak menjalankan usaha memboikot. Pendek kata, langsung tidak ada kerugian pun jika kita memboikot 3 produk tersebut. Cuma tinggal sekarang ni NESTLE, saya sudah pun menjawab di atas. Tambahan, kita kena ingat, kita boikot sekiranya mereka menyumbang kepada Israel, dah desakan-desakan kita ini adalah untuk membuatkan mereka berhenti menyumbang lagi. Jadi, bila mereka sudah tidak memberi dana lagi, ha, anda nak makan sampai muntah, makanlah.
Izin laluan 9 : Ni produk yahudi ni, produk Amerika ni. Kenapa tak boikot?
Respon : Sama seperti yang saya sudah katakan mengenai Facebook. Kita boikot bukan kerana produk tersebut produk yahudi, produk Amerika semata. Tapi, kerana produk tersebut menyumbang kepada Israel. Jika ada produk orang melayu Islam sekalipun tetapi produk tersebut memberi dana kepada Israel, nak tak nak kita kena boikot. Sungguh, kita bukanlah jahat sangat nak boikot semua produk yahudi. Saya tekankan sekali lagi. Boikot hanya kepada produk yang terang-terangan menyumbang kepada Israel. Dan produk yang memang jelas nyata menyumbang adalah, Nestle, McDonald, Starbuck, dan Coca-Cola.
![]() |
[kredit] |

p/s : Teruskan berdoa kepada Palestin. Wajibkan diri menghafal qunut nazilah. Selain itu, jangan lupa menghulurkan sumbangan kewangan. Pelbagai medium yang boleh kita gunakan untuk memberikan sumbangan.
p/s 2 : Alhamdulillah, kita sudah sampai ke 17 Ramadhan. Salam Nuzul Quran. Teruskan istiqomah dalam beribadah. Semoga kita sampai dan dipertemukan dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan; Malam Lailatul Qadar. In sha Allah, amin.
p/s 3 : Baru balik berjaulah dan ziarah ke Selangor. Alhamdulillah, seronok dapat berjumpah ikhwah tercinta. Walaupun pertemuan hanya sekejap, kemanisan tetap terasa. Sejujurnya saya sedang merindui anda semua. Ya, andalah. *senyum mengalir air mata*
3 comments :
Best...
Teruskan menulis....
Salam ramadhan
sangat menjentik hati :') teruskan usaha anda ubai :) saya pun rindu anda semua *nangis tepi bucu katil :')
bagus celahan
Post a Comment